Meninggal dunia Noor_Zahidi_Omar

Pada 20 Ogos 2014, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada jam 5.45 pagi pada usia 57 tahun. Beliau meninggal di sebuah hospital di Guangzhou, China ketika mendapat rawatan.Anaknya ,Megat Ikram Datuk Noor Zahidi, 32 memaklumkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan, Tumpat.[2] Jenazah Noor Zahidi tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada pukul 10.10 malam dari Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.[3]

Turut ziarah ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, serta hampir kesemua ADUN negeri ini. Pengebumian diuruskan oleh pihak tentera Malaysia.